Artis kami tak songlap duit Andi – Warner Music

Artis kami tak songlap duit Andi – Warner Music

Warner Music Malaysia menafikan seorang penyanyi di bawah naungannya terlibat dalam kes penyelewengan wang melibatkan Andi Bernadee berjumlah hampir RM70,000.

Warner Music dalam satu kenyataan memaklumkan akibat dikaitkan dalam kes kerugian itu, akaun Instagram penyanyi berkenaan mula ‘diserang’ netizen.

Untuk rekod, Andi juga merupakan artis di bawah naungan Warner Music.

Syarikat itu berkata, penyanyi berkenaan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes songlap duit yang telah dilaporkan oleh Andi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Kenyataan itu berkata, tuduhan terhadap artis berkenaan mula tular apabila seorang pengguna TikTok menuduhnya sebagai rakan yang telah mencuri duit Andi.

Malaysiakini tidak menamakan artis tersebut bagi menunggu maklum balas daripadanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile mendakwa, seorang kenalan menganiayai dirinya apabila individu terbabit menyeleweng wang hasil titik peluhnya yang sepatutnya diperoleh sejak Jun tahun lalu.

Kata penyanyi lagu Tiada Lagi Maaf itu, dia memberi sepenuh kepercayaan kepada rakan terbabit yang dikenali selama dua tahun untuk menguruskan kariernya.

Malah menurutnya, dia sedikit pun tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk boleh berlaku apatah lagi pernah mengerjakan umrah sebanyak dua kali bersama individu terbabit.

Tambah terkilan, Andi, 29, berkata, duit membabitkan dua projek diusahakan bersama klien itu sepatutnya digunakan untuk menampung perbelanjaan harian ibu dan bapa di kampung serta adik yang masih bersekolah. Mk

Artis kami tak songlap duit Andi – Warner Music


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenapa benci sangat saya – Ayu Ting Ting

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker