Petua Asas Tentang Daging Perlu Kita Tahu

Petua Asas Tentang Daging Perlu Kita Tahu

LEMBUTKAN DAGING

Ada pelbagai petua dan cara untuk melembutkan daging. Antaranya menggunakan tangkai daun betik. Masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging. Jika tiada tangkainya, boleh menggantikannya dengan betik muda. Kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum rebuskan bersama daging.

Boleh juga perapkan daging dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu tuskan airnya hingga kering, lalu masak seperti biasa. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

CARA POTONG DAGING

Potong daging pun perlu tahu caranya supaya daging mudah masak dan tidak liat setelah dimasak. Cara potong daging, hiris dan buang kulit ari dan lelemak daging. Manakala lemak di bahagian dalam daging, biarkan kekal kerana ia menyelamatkan daging daripada relai.
Selepas itu barulah potong daging dengan cara membulat atau melintang. Bagi potongan yang kecil atau dadu, pilih dahulu urat daging. Kemudian potong merentang urat supaya daging yang dimasak lebih mudah empuk.

HILANGKAN BAU DAGING

Daging selalunya mempunyai bau sedikit hanyir dan setengahnya hamis tambah pula jika daging yang telah disimpan beberapa hari dalam peti ais. Petua yang selalu diamalkan bagi menghilangkan bau daging, gunakan tepung gandum ataupun perahan air limau nipis atau air asam jawa.

Selepas daging dipotong, rendam dengan tepung gandum atau perahkan air limau nipis mahupun air asam jawa. Biarkan 10 minit dan kemudiannya bolehlah dibersihkan.

Petua Asas Tentang Daging Perlu Kita Tahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker