Pemuda UMNO ada strategi pujuk akar umbi Pulai

Pemuda UMNO ada strategi pujuk akar umbi Pulai

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO mengakui berdepan cabaran memujuk akar umbi parti itu di Parlimen Pulai bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata ini kerana ini adalah kali pertama calon daripada Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak diturunkan untuk bertanding di kawasan itu.



“Sudah tentu kita mempunyai cabaran kerana kita tak bertanding kali ini selepas tidak pernah gagal menurunkan calon di kawasan Parlimen Pulai.

“Namun kita ada strategi tersendiri untuk cari akar umbi untuk memberi penerangan dan kefahaman mengapa sokongan kepada calon PH di Pulai ini amat penting bagi kestabilan Kerajaan Perpaduan.

“Insya-Allah (sokongan akar umbi UMNO) akan dapat dizahirkan pada peti undi pada 9 September nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program santai bersama Pemuda UMNO di Medan Selera Taman Cempaka, hari ini.



Hadir sama, Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Md Shah.

Kelmarin, Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan akan memujuk ketua cawangan bahagian itu yang menolak calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

Nur Jazlan dilaporkan berkata beliau akan berusaha keras untuk memujuk ketua dan ahli Umno di peringkat akar umbi bagi memberikan sokongan padu kepada calon PH, Suhaizan Kayat.

Dalam pada itu, Dr Mohd Akmal yang juga EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Melaka berkata, kehadiran Pemuda UMNO di Parlimen Pulai membuktikan solidariti dengan calon PH dan kerajaan Perpaduan.



Katanya, kehadiran kesemua kepemimpinan Pemuda di Parlimen Pulai membuktikan sayap UMNO itu menyokong penuh calon PH di kawasan itu.

“Saya sudah arahkan semua Pemuda Johor dan seluruh negara supaya berkampung di sini dan Simpang Jeram untuk kita pastikan pada 9 September nanti undi daripda BN dapat dizahirkan dalam peti undi,” katanya. BH

Pemuda UMNO ada strategi pujuk akar umbi Pulai

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah



Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker