Saman fitnah Lim: Wan Azri tidak mengaku sebagai Papagomo

Saman fitnah Lim: Wan Azri tidak mengaku sebagai Papagomo

Saman fitnah Lim: Wan Azri tidak mengaku sebagai Papagomo

Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah penulis blog dikenali sebagai Papagomo, menurut satu dokumen mahkamah.

Dia membuat penafian itu menerusi penyata pembelaan terhadap saman fitnah yang difailkan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dan anak lelakinya, Clint Lim Way Chau.

Pada 16 Mac lalu, Lim berkata dia telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Azri dan beberapa pihak lain atas dakwaan menyebarkan berita palsu berkenaan dirinya dan anaknya.

Lim dan anaknya memfailkan saman fitnah terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Oktober 2020, berhubung dakwaan yang Way Chau membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya.

Saman itu merujuk satu hantaran Facebook didakwa dibuat pada 14 Mac 2020.

Saman itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut salinan penyata pembelaan yang dilihat Malaysiakini, Azri tidak setuju dengan penyataan tuntutan saman tersebut bahawa dia dikenali sebagai “Papagomo”.

Dia merujuk Perenggan 3.1 penyataan tuntutan yang menyatakan: “Pada semua masa material, defendan, yang juga dikenali sebagai Papagomo, adalah ahli dalam satu pertubuhan bukan korporat bersifat politik yang dikenali sebagai United Malays National Organisation atau dalam singkatannya ‘Umno’.”

“Perenggan 3.1 hingga 3.2 penyataan tuntutan adalah dipersetujui kecuali bahawa defendan dikenali sebagai Papagomo dan meletakkan beban bukti kukuh atas penyataan tersebut,” menurut Azri dalam penyata pembelaannya.

(Perenggan 3.2 penyataan tuntutan menyatakan defendan memegang jawatan exco dalam Pemuda Umno.)

“Defendan juga menyatakan bahawa pada sepanjang masa material ia adalah menjadi tanggungjawab plaintif-plaintif untuk melepaskan beban pembuktian bahawa defendan adalah pemilik akaun Facebook atas nama Papa Azri seperti yang dinyatakan dan defendan yang telah mengeluarkan penyataan fitnah yang dinyatakan oleh plaintif-plaintif melalui laman Facebook tersebut (dimana tidak diakui),” kat Azri lagi.

Saman fitnah Lim: Wan Azri tidak mengaku sebagai Papagomo

Dia berkata hantaran Facebook yang dirujuk dalam saman tersebut tidak merujuk kepada Lim dan anaknya.

“Defendan tidak pernah memuat naik dan/atau menerbitkan sebarang penyataan fitnah yang ditujukan kepada plaintif-plaintif dalam Facebook seperti dinyatakan,” katanya lagi.

Dia berkata kenyataan yang didakwa sebagai fitnah itu adalah “bersifat meluas” dan tidak ditujukan kepada plaintif.

“Tiada sebarang gambar audio atau video yang dimuat naik yang menunjukkan penyataan tersebut dikeluarkan oleh defendan dan penyataan tersebut merujuk kepada plaintif-plaintif,” katanya lagi.

Azri juga membangkitkan pembelaan substantif – justifikasi dan ulasan saksama (fair comment) – terhadap saman itu jika kenyataan yang dibangkitkan dibukti ditujukan kepada plaintif.

Menurut undang-undang berkaitan tindakan sivil, defendan mungkin boleh membangkitkan pembelaan justifikasi jika dia dapat membuktikan dakwaan tersebut benar.

Pembelaan ulasan saksama pula apabila kenyataan yang dibuat berkaitan dengan kepentingan awam, dan tanpa niat untuk menjejaskan plaintif.

Malaysiakini dalam usaha menghubungi peguam yang mewakili Lim dan juga Azri untuk mendapatkan komen berkenaan perkara ini.

Menurut senarai kausa di laman ecourtservices.kehakiman.gov.my, pengurusan kes bagi saman ini ditetapkan pada pukul sembilan pagi ini, di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman fitnah ini, Lim dan anaknya menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan; faedah atas ganti rugi yang ditetapkan; kos serta perintah lain yang dianggap adil, wajar dan berpatutan oleh mahkamah. Mk

Saman fitnah Lim: Wan Azri tidak mengaku sebagai Papagomo


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Akar umbi UMNO Wangsa Maju desak PapaGomo digantung keahlian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker