Kalau Susah Cari Caprice, Tangkap Sajat Dulu
Kalau Susah Cari Caprice, Tangkap Sajat Dulu
Aktivis kemanusiaan yang juga penyanyi rap, Caprice memuat naik satu hantaran seolah-olah menyindir pihak berkuasa apabila gagal mengesan dan menangkap usahawan kosmetik terkenal, Nursajat yang diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak enam bulan lalu.
Menerusi hantaran tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menulis kenyataan yang berbunyi: “kalau susah cari Caprice, cari Sajat dulu.”
Ujarnya, dia tertanya-tanya apabila didakwa gagal dikesan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga memaksa pihak berkuasa tersebut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejakinya bagi memberi keterangan.
“Punya kecoh pagi-pagi bangun, baca berita macam nak nampak (menggambarkan) diri kita tengah menyorok atau lari sedangkan kita santai dekat sini (dipercayai di Jordan), jumpa kedutaan Malaysia, duta Palestin dan sahabat-sahabat di sini.
“Tiap kali saya ada buat sesuatu tentang Palestin, ada sahaja halangan atau cerita baru. Sumpah saya penat,” tulisnya dalam Instagram.
Dalam pada itu, Caprice meluahkan rasa kesal apabila pihak Polis meminta pertolongan Interpol untuk mengesan dan berhubung dengannya.
Ujarnya, tindakan tersebut telah menampakkan dirinya seperti seorang penjenayah dan dikhautiri akan menganggu misinya di Mesir ketika ini.
Caprice turut mengakui dia berasa takut dan berasa kusut apabila mengetahui dirinya sedang dicari oleh pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.
Bahkan, Caprice turut didakwa telah membatalkan hasratnya untuk pulang ke Malaysia dan telah mengoyakkan tiket kapal terbang kerana merasakan dirinya tidak selamat jika berada di tanah air.
Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima tarikh untuk mengambil keterangan Caprice bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman
“Kita telah cuba berhubung dengan kedua-dua individu ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian, namun tidak dibalas,” ujarnya.
Kosmo! pada 10 Ogos lalu melaporkan polis sedang berhubung dengan Caprice dan Muhammad Nadir Al-Nuri untuk menetapkan tarikh diambil keterangan.
Ashari memberitahu, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dilakukan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 21 Julai lalu.
Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.
Dalam pada itu Caprice dalam Instagramnya mengalu-alukan pihak polis menghubunginya. -K! ONLINE
Kalau Susah Cari Caprice, Tangkap Sajat Dulu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pelitup muka Tajuddin berharga RM1,699?
- Gagal dilantik sebagai PM-9, Anwar luah perasaan melalui nyanyian [VIDEO]
- Syarat Muhyiddin Undang Ketidakstabilan
- Mageran Jalan Akhir
- Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600
- Remy Ishak, Ezza kahwin Sabtu ini
- Ini cara mudah Mas Khan dapatkan Porche
- Resepi Bihun Goreng Merecik
- MP Pas langgar titah Agong?
- Kalau dah jodoh, dulu cikgu sekarang isteri
Layari Laman Facebook MYKMU
Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan