Pelantikan Ismail Sabri perkasakan usaha BN bela rakyat

Pelantikan Ismail Sabri perkasakan usaha BN bela rakyat

Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri diyakini dapat memperkasakan tradisi Barisan Nasional (BN) dalam membela rakyat dan memakmurkan negara, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Dalam satu kenyataan hari ini, Zambry berkata, Dewan Tertinggi BN merafak sembah menjunjung kasih Titah Perkenan Yang di-Pertuan Agong melantik Ahli Parlimen Bera itu untuk menerajui pentadbiran kerajaan.



“Dewan Tertinggi BN yakin dengan pengalaman beliau dan didukungi oleh parti yang mempunyai rekod perkhidmatan yang luas dan panjang, Datuk Seri Ismail Sabri mampu mendepani cabaran bagi mengembalikan citra Malaysia sebagai sebuah negara progresif.

“Sehubungan itu Dewan Tertinggi BN menyeru semua pihak khususnya kepimpinan BN di setiap peringkat untuk memberikan sokongan dan terus bersatu hati,” katanya lagi.



[INFO GRAFIK] Profil Datuk Seri Ismail Sabri

Zambry berkata, sokongan itu penting bagi memastikan BN dapat terus memberikan khidmat bakti yang terbaik untuk rakyat.

Ismail Sabri telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 2.30 petang, di sini hari ini.

Sumber Facebook barisanasional

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.



Antara yang turut berada di dalam Balai Singgahsana Kecil menyaksikan upacara bersejarah itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun serta Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Selain itu, turut kelihatan ialah ketua-ketua parti politik negara seperti Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ismail Sabri angkat sumpah jawatan PM ke-9 di Istana Negara



Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Muhyiddin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, kehilangan majoriti selepas 15 Ahli Parlimen UMNO mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Pelantikan Ismail Sabri perkasakan usaha BN bela rakyat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker