Pemuda PAS pertahan Ismail Sabri, pilihan terbaik memimpin negara

Pemuda PAS pertahan Ismail Sabri, pilihan terbaik memimpin negara. Keputusan Pas menyokong pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas mengambil kira kebolehan dan pengalaman Ahli Parlimen Bera itu.

Ketua Pemuda Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin berkata, walaupun Pas kecewa dengan tindakan segelintir Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun Ismail Sabri yang dilihat pilihan terbaik untuk memimpin negara.

Menurut beliau, pemilihan bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga diyakini mampu memberikan kesan terbaik kepada pentadbiran negara khususnya dalam menangani Covid-19.



“Kita tidak secara langsung mengeluarkan kenyataan secara sedemikian, sebab kita dalam keadaan berduka cita dengan tindakan mereka (menarik sokongan kepada kerajaan PN), maka jatuhlah kerajaan PN yang sedang fokus menangani Covid-19.

“Apa pun saya menganggap ia telah menjadi sesuatu perkara yang akademik. Kita perlu terus ke hadapan dan kita semua sepakat menyokong Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri kesembilan kerana dari sudut peribadinya saya melihat beliau ada kebolehan dan pengalaman.

“Kemudiannya dari sudut kedudukan beliau dalam PN sebelum ini adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya dalam satu video ringkas yang dikongsikan di Facebook Dewan Pemuda Pas Malaysia pada Jumaat.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan pelantikan perdana menteri baharu selepas mengadakan pertemuan khas bersama Raja-Raja Melayu pada petang Jumaat.



Pemuda PAS pertahan Ismail Sabri, pilihan terbaik memimpin negara


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Muafakat Nasional perlu aktif dan diperkasakan semula



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker