Rider rempuh pagar selepas dikejar anjing

Rider cedera motosikal rempuh pagar selepas dikejar anjing

Gara-gara dikejar anjing sewaktu menghantar makanan, seorang ‘rider’ cedera selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar pagar sebuah rumah, petang semalam.

Kejadian malang itu berjaya dirakam sebuah televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah terbabit sebelum ia tular di laman Facebook Malaysian Crime Watch.



Berdasarkan klip video berdurasi 19 saat itu, motosikal penghantar makanan yang ditunggang secara laju telah melanggar pagar sebuah rumah menyebabkan bahagian hadapan motosikal itu rosak teruk.

Selain itu, kelihatan bahagian badan penunggang itu turut terhentak di pagar tersebut, bagaimanapun tidak dapat dipastikan tahap kecederaan dialaminya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pada masa sama, kelihatan dua individu berada di dalam kawasan rumah tersebut, namun kedua-duanya sempat melarikan diri sebelum motosikal melanggar pagar.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila penghantar makanan terbabit panik selepas dia di kejar anjing ketika sedang menghantar pesanan di kawasan perumahan tersebut. Bagaimanapun, lokasi tepat kejadian tidak dinyatakan.

Susulan tular video klip itu, rata-rata pengguna laman Facebook bersimpati dengan kejadian malang itu dan mendoakan agar penghantar makanan itu tidak mengalami kecederaan parah.

“Allahuakbar kesiannye dia, badan sakit, motor rosak, semoga Allah perluaskan rezeki dan permudahkan urusan awak di muka bumi ini dik,” tulis Kartika Katie SB.



“Adoii sakit tu, nak pelihara apa skali pun jaga elok-elok jangan menyusahkan orang lain, kesian member cari rezeki halal,” ujar Mohd. Norhisham Isenyulong pula. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Rider cedera motosikal rempuh pagar selepas dikejar anjing



Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker