Banjir Yan : UMNO turun bantu penduduk

Banjir Yan : UMNO turun bantu penduduk

UMNO Kedah turun ke lokasi banjir bantu penduduk – Jamil Khir

UMNO Kedah dengan kerjasama UMNO Pusat dan beberapa pihak hari ini, melancarkan misi bantuan di kawasan yang terkesan akibat banjir.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menerima sumbangan kira-kira 4,000 air minuman dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia dan Ranhill Utilities Berhad.

Katanya, bantuan itu tiba pagi ini bersama barang keperluan asas dan pelitup muka untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir.

Selain itu, kata beliau, sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri juga turut secara sukarela membantu penduduk dengan membersih kediaman mereka yang dimasuki selut dan lumpur.

“Hari ini kita lancarkan misi bantuan ini di pejabat Bahagian UMNO Jerai dengan kerjasama beberapa pihak untuk membantu khususnya di kawasan yang terkesan akibat banjir.

“Kita juga turut menyediakan kontena rawatan air mudah alih yang akan ditempatkan di lokasi yang terjejas bagi memproses segera air dari sumber terdekat,” katanya menerusi hantaran Facebook UMNO Bahagian Kedah.

Pada Rabu lalu, negeri itu dikejutkan dengan tragedi banjir susulan fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 5 petang sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, meragut empat nyawa setakat ini.

Antara lokasi terbabit banjir adalah kawasan di kaki gunung dan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Berikutan itu, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan, manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi dibuka untuk menempatkan mangsa positif Covid-19 dan individu yang dikuarantin.

Menurut Jamil Khir, UMNO negeri menerusi Pemuda UMNO menggerakkan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Pokok Sena untuk menjalankan misi kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa banjir.

“Turut bersama ialah team Sukarelawan UMNO Bahagian Jerlun empat peringkat bergerak ke Parlimen Jerai bagi membantu membersihkan rumah penduduk yang di masuki lumpur dan air.

“Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa yang terlibat tabah dan cekal menghadapi ujian ini. Insya-Allah kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita,” katanya. MG

Banjir Yan : UMNO turun bantu penduduk

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker