Pelitup muka Tajuddin berharga RM1,699?
Pelitup muka Tajuddin berharga RM1,699?
PELITUP muka ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi menjadi perhatian.
Bukan sahaja dalam kalangan pengamal media yang berhimpun di lobi Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) baru-baru ini, malah ia turut menjadi bualan warganet di media sosial.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, pelitup muka yang dipakai Tajuddin adalah produk di bawah rangkaian LG PuriCare dan dijual pada harga RM1,699.
Pun begitu, warganet masih menghentam Tajuddin kerana beliau didakwa tidak tahu menggunakan pelitup muka tersebut dengan betul.
Response Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman tentang syarat Perikatan Nasional. pic.twitter.com/cvEoAU59Vh
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 19, 2021
Ramai kurang senang apabila melihat pelitup muka dipakainya kerap ‘terlondeh’ dan menerusi satu rakaman video, jelas kedengaran seorang wartawan meminta beliau membetulkan pelitup muka canggih tersebut sebelum ditemubual.
Komen-komen di Twitter pula ada yang meminta Tajuddin ‘tape’ sahaja pelitup muka tersebut di wajahnya, malah ada yang lebih sinis menganggap ia sebagai perhiasan ‘cosplay’.
Ada juga yang berseloroh;”Dia masih buka? Tak handsome, sila pakai balik.”
Tidak kurang ada juga warganet menganggap Tajuddin tidak serik selepas dua kali dikompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Umum mengetahui, Tajuddin dikompaun selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen.
Sebelum ini, Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan sama semasa mengadakan sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC pada 25 Mei lalu.-SH
Pelitup muka Tajuddin berharga RM1,699?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
- Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
- Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
- Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
- Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
- Kabinet PM Baru Tak Perlu Lebih Dari 10 orang Menteri Sahaja
- Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
- Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
Ini senarai penuh 114 Ahli Parlimen sokong pelantikan Ismail Sabri
You must be logged in to post a comment.