Perbuatan hantar esktrak ganja kepada Anwar dan Rafizi perbuatan sia-sia

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, tindakan pihak tertentu yang menghantar barangan berupa ekstrak ganja kepadanya adalah sia-sia dan suatu ‘pembaziran’.

Katanya dia tidak menerima kiriman tersebut walaupun dialamatkan kepadanya.

Sebaliknya bahan terlarang tersebut diambil oleh pihak berkuasa.



“Saya tak terima pun… orang hantar ganja (kemudian) polis datang ambil, itu saja.

“Buang duit sajalah hantar hantar kepada saya… saya tak ambik ganja,” katanya pada sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Semalam media melaporkan polis Sepang merampas bungkusan disyaki ubat gigi dengan ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, dekat Putrajaya.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu.



Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan seorang petugas pejabat kerajaan di Putrajaya yang menerima panggilan memaklumkan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, disyaki bungkusan itu mengandungi barang terlarang dan pada minggu lepas juga pejabat kerajaan tersebut menerima satu bungkusan yang mengandungi daun ganja,” katanya.

Susulan itu, katanya, polis telah pergi ke hab kurier berkenaan dan merampas barang kes iaitu tiub ubat gigi dengan bercorak daun ganja yang tertera tulisan Happy Green yang ditemui dalam satu bungkusan kotak berwarna coklat.

Selain Rafizi, barangan tersebut turut dialamatkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Menurut Rafizi sama ada dia atau Anwar, mereka tidak terbabit dalam pengambilan ganja.

“Saya tak buka bungkusan itu sendiri. Ia dialamatkan kepada PM dan saya (tapi) tak ada seorang pun antara kami mengambil ganja, jadi ia sia-sia.

“(Kemudian) sudah tentu ia dihantar ke balai polis,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir



Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker