Banjir Yan : 33 mangsa positif Covid-19

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengenal pasti dan mengurus 33 mangsa banjir di daerah Yan yang positif Covid-19 Kategori 1 dan 2 yang menjalani kuarantin di rumah.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata, daripada jumlah itu tiga orang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani manakala 14 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Lapan mangsa yang positif kekal di rumah dan berada dalam keadaan stabil manakala empat orang akan tamat tempoh kuarantin esok.

“Empat mangsa pula menolak kemasukan ke PKRC dan akan mendapatkan rawatan di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beberapa kawasan di daerah Yan terjejas akibat banjir yang berlaku disebabkan fenomena kepala air dalam kejadian petang semalam yang setakat ini mengorbankan empat nyawa sementara dua masih hilang. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Banjir Yan : 33 mangsa positif Covid-19

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker