Wanita dedah pandu uji MB tuntut saman RM3 juta
Wanita dedah pandu uji MB tuntut saman RM3 juta
Seorang wanita yang mendedahkan pandu uji menteri besar Kedah di Juru dua bulan lalu mengugut akan menyaman pembantunya, Harakahdaily dan seorang lagi individu atas dakwaan gangguan, pencerobohan privasi dan buli siber di media sosial.
Selain Harakahdaily, dua lagi pihak terbabit ialah Afnan Hamimi Taib Azamudden yang merupakan Setiausaha Politik Muhammad Sanusi Md Nor, serta Mohamad Solhi Mohd Sharif.
Dalam surat tuntutan itu, Hanini Siron, yang lebih dikenali sebagai Nini Siron, berkata kenyataan yang dibuat tiga pihak itu selepas beliau mendedahkan tindakan Sanusi menyebabkan gangguan, pencerobohan privasi, pendedahan data peribadi dalam talian dan juga unsur buli siber.
Beliau mahu mereka memohon maaf dalam tempoh 48 jam dan setiap satu membayar RM1 juta kepadanya sebagai ganti rugi atas penghinaan, mendapat nama buruk, tekanan emosi dan pencerobohan data peribadi serta privasinya.
Wanita itu turut menuntut mereka berhenti membuat kenyataan lanjut mengenai dirinya dan memadam semua komen menyinggung perasaan dari platform media.
Beliau juga mahu permohonan maaf secara terbuka di Facebook, Twitter dan Instagram.
Peguamnya, Faizal Rahman berkata, surat tuntutan itu dihantar 13 Ogos lalu, tetapi tiada respons setakat ini.
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU
Katanya, catatan yang dibuat tiga pihak itu menunjukkan Nini ialah pemutar belit, penipu dan hipokrit yang bertindak sebagai pengikut kehendak politik, yang membangkitkan komen dianggap sebagai buli siber dan gangguan daripada orang awam.
Dalam kenyataan di Facebook, Nini berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga pihak itu untuk melindungi kepentingan dirinya dan reputasi keluarganya.
Terdahulu, Nini dilaporkan memadamkan akaun Facebooknya, yang beliau dan suaminya gunakan untuk menjual kenderaan dan insurans, selepas diserang penyokong menteri besar itu.
Telefon bimbitnya juga terpaksa ditutup selepas dihujani surat benci.
Katanya, ia menyebabkan beliau hilang punca pendapatan, dengan nombor telefon dan gambar keluarganya dikongsi secara meluas di Facebook beserta komen jahat. FMT
Wanita dedah pandu uji MB tuntut saman RM3 juta
You must be logged in to post a comment.