PPBM Minta Perjanjian Bertulis Dari Ismail Sabri?

Oleh Nurul Aisyah

MAKIN panas isu sokongan terhadap Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru. Menurut sumber, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dikatakan minta perjanjian bertulis dari Ismail Sabri sebagai syarat sokongan terhadap beliau.

Perjanjian tersebut mempunyai banyak syarat-syarat yang perlu Ismail Sabri tunaikan. Salah satu syarat tersebut adalah hanya rombakan kecil pada kabinet baru. Majoriti hendaklah dikekalkan.



Jika benar desas desus tersebut, sudah tentu ianya sangat membebankan bagi Ismail Sabri memandangkan desakan terhadap Muhyiddin meletakkan jawatan sebelum ini berpunca dari kegagalan kabinet beliau. Jika kabinet yang sama dikekalkan maka rakyat bakal melihat kesan yang sama ke atas kehidupan mereka. Kerajaan yang gagal juga pengakhirannya.

Memetik sumber , semua 35 ahli parlimen PPBM telah diarahkan oleh presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyokong Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru.

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Eddin Syazlee Shith berkata kepimpinan parti sebelum ini memutuskan bahawa presiden akan menentukan pilihan perdana menteri bagi pihak ahli parlimen.

Untuk makluman, semua ahli parlimen mempunyai waktu sehingga jam 4 petang hari ini untuk menyatakan secara bertulis, kepada Istana Negara mengenai siapa yang disokong mereka sebagai perdana menteri kesembilan.



Semalam, ahli parlimen Umno memutuskan mereka akan menyokong Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker