Selepas Pelabuhan Bintulu, MASwings, Sarawak ada satu lagi permintaan

Selepas Pelabuhan Bintulu, MASwings, Sarawak ada satu lagi permintaan

Kerajaan Sarawak sedang berunding dengan kerajaan persekutuan bagi membolehkan satu lagi permintaan dipenuhi selepas memperoleh reaksi positif berhubung pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dan syarikat penerbangan MASwings.

Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg bagaimanapun enggan menyatakan permintaan terbaharu itu dan menyatakan perkara berkenaan akan diumum sebelum akhir tahun ini.



“Tiga perkara sedang kita (kerajaan Sarawak) bincang dan mungkin (perkara ketiga) akan diserah balik kepada Sarawak. Anda tahu Bintulu Port (Pelabuhan Bintulu) dan MASwings sudah (mendapat reaksi positif) dan (perkara ketiga) tunggu dulu (pengumuman saya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Jabatan Premier Sarawak di sini malam tadi.

Kerajaan Sarawak menyuarakan hasrat untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Bintulu sejak Januari lepas, disusuli cadangannya untuk mengambil alih MASwings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines Berhad pada Jun lepas dan kedua-dua permintaan berkenaan sudah dipersetujui kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata satu pengumuman juga akan dibuat berhubung penubuhan Lembaga Penjaga bagi Dana Kekayaan Berdaulat yang ditubuhkan untuk negeri itu.

“Saya akan umumkan perinciannya, ini institusi yang sangat strategik. Saya akan adakan sidang media khas tak lama lagi (berhubung penubuhan lembaga itu),” katanya.



Pada 22 Nov lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Dana Kekayaan Berdaulat 2022 dengan peruntukan awal sebanyak RM8 bilion daripada kerajaan negeri.

Semasa membentangkan rang undang-undang itu, Abang Johari yang juga menteri kewangan dan ekonomi baharu Sarawak berkata dana itu akan diuruskan secara profesional dan telus oleh lembaga penjaga yang terdiri daripada pakar kewangan dan pelaburan.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata penubuhan dana berkenaan yang akan mula beroperasi tahun depan menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama di Malaysia yang berbuat demikian.

“Melainkan kerajaan pusat menerusi Khazanah Nasional, negeri (lain) tak ada (Dana Kekayaan Berdaulat). Yang ada ialah Sarawak menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat… dana berdaulat untuk masa depan,” katanya. FMT



Selepas Pelabuhan Bintulu, MASwings, Sarawak ada satu lagi permintaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)



Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)



Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker