Ahmad Maslan yakin ‘Kerajaan Baharu’ lebih menjaga kepentingan rakyat
Ahmad Maslan yakin ‘Kerajaan Baharu’ lebih menjaga kepentingan rakyat. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yakin kerajaan baharu yang dibina selepas ini berjaya menjaga dan memberi tumpuan kepada beberapa aspek untuk kepentingan rakyat serta negara.
Menerusi ciapan di Twitter pada Rabu, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, tumpuan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan merangkumi aspek agama, kesihatan, ekonomi, sosial, pendidikan dan keprihatinan kepada rakyat.
“Semoga selepas ini kerajaan yang dibina adalah kerajaan yang akan berjaya menjaga aspek agama, kesihatan, ekonomi, sosial, pendidikan & #PrihatinRakyat,” tulisnya.
Menerusi perkongsian yang sama, beliau berkata, semoga kerajaan yang gagal menjadi sejarah dan perpaduan di negara ini dapat dicapai.
“Moga #KerajaanGagal sudah menjadi sejarah. Semoga perpaduan negara dapat dicapai
“Jangan zalim kepada #rakyat. Tegakkan keadilan dan kebenaran pada setiap masa,” katanya.
Ahmad Maslan yakin ‘Kerajaan Baharu’ lebih menjaga kepentingan rakyat
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Ismail Sabri calon Perdana Menteri
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU
Hanya seorang sahaja yang tidak sokong Ismail Sabri calon PM
You must be logged in to post a comment.