Pelajar duduki peperiksaan awam sahaja kembali ke sekolah
Pelajar duduki peperiksaan awam sahaja kembali ke sekolah, cadang pakar pendidikan
Hanya pelajar menduduki peperiksaan awam sahaja dibenar memasuki sesi persekolahan bersemuka, pada 3 Oktober ini sehingga hujung tahun, kata pakar pendidikan, Anuar Ahmad.
Anuar dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu serius mempertimbangkan saranan itu demi meminimumkan risiko jangkitan, sekali gus mengurangkan beban kewangan ibu bapa di negeri yang berada di fasa dua dan tiga.
“Bagi mengelak berlakunya penularan Covid19, murid-murid kelas peperiksaan yang dibenarkan ke sekolah pada 3 Oktober nanti, mestilah dipastikan mendapat dua dos vaksin terlebih dahulu sebelum dibenarkan ke sekolah.
“Begitu juga mesti dipastikan bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang dewasa di rumah juga telah lengkap mendapat dua dos vaksin sebelum anak-anak mereka boleh ke sekolah,” katanya di Facebook.
Layari Laman Facebook MYKMU
Dalam pada itu, Anuar berkata beliau menyambut baik keputusan KPM menangguhkan pembukaan sekolah yang sepatutnya bermula pada 1 September ini, yang disifatkan sejajar permintaan pihak guru dan ibu bapa.
“Sejak sebulan lalu para aktivis dan NGO (badan bukan kerajaan) pendidikan bersama sebahagian besar ibu bapa di seluruh negara menyuarakan kerisauan mereka dan mendesak agar pembukaan sekolah pada 1 September 2021 ditangguhkan.
“Dengan pengumuman penangguhan oleh KPM petang ini, ibu bapa tentunya dapat menarik nafas lega,” katanya.
Petang semalam , Menteri Kanan Pendidikan Mohd Radzi Jidin, mengumumkan penangguhan pembukaan sekolah sehingga 3 Oktober di negeri fasa dua dan tiga. Manakala sekolah di negeri fasa satu akan kekal ditutup.
Dalam klip video di Facebook hari ini, Radzi berkata kementerian memutuskan untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah melihat dari segi penilaian kesihatan dan risiko semasa.
Pembukaan semula sekolah akan dilakukan secara berperingkat, bermula dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam.
Kementerian akan memberikan lebih banyak perincian berdasarkan rancangan pemulihan dalam masa terdekat, katanya. FMT
Pelajar duduki peperiksaan awam sahaja kembali ke sekolah
You must be logged in to post a comment.