Pukul isteri sampai mati di Selangor, lelaki ditahan bersembunyi di Johor

Pukul isteri sampai mati di Selangor, lelaki ditahan bersembunyi di Johor

Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga mati di Kajang, Selangor ditahan polis ketika bersembunyi di Johor semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu disyaki melarikan diri ke Johor untuk mengelak ditahan pihak berkuasa, selepas mengetahui isterinya meninggal dunia.



Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, risikan polis mendapati suspek berada di Johor sebelum serbuan dibuat semalam.

“Kami juga menjalankan beberapa siri serbuan dalam tempoh tangkapan dibuat, termasuk merampas barang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes ini,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan polis memburu seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya dengan objek tumpul sehingga maut di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang pada 21 Julai lalu.



Menurut laporan, suspek menghantar mangsa yang lebam di seluruh badan dan tidak sedarkan diri ke hospital swasta sebelum melarikan diri. FMT

Pukul isteri sampai mati di Selangor, lelaki ditahan bersembunyi di Johor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker