Azeem pecah rekod Malaysia di TexasAzeem pecah rekod Malaysia di Texas

Azeem pecah rekod Malaysia di Texas

Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi mencipta sejarah baharu apabila memecahkan rekod 60 meter (m) dalam dewan Malaysia.

Azeem, 19, merakam masa 6.63 saat (s) pada pusingan pertama di Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Texas Tech di Pusat Kecemerlangan Prestasi Texas Tech, Lubbock awal pagi tadi.

Ia sekali gus memadam rekod lama kebangsaan, 6.66s dilakukan oleh Watson Nyambek dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalan Dewan IAAF di Jepun pada 1999.

Menariknya, pemegang rekod 100m Malaysia itu turut memenangi pingat perak acara tersebut selepas mencatat masa 6.65s di pentas final pagi tadi.

Pingat emas dimenangi Micah Williams dari Universiti Oregon dengan catatan 6.49s, manakala gangsa menjadi milik pelari Universiti Louisiana, Rodney Heath Jr. menerusi masa 6.67s. K Online

Azeem pecah rekod Malaysia di Texas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker