Umno Bahagian Sembrong nyatakan pendirian petang esok

Umno Bahagian Sembrong nyatakan pendirian petang esok

Umno Bahagian Sembrong akan menyatakan pendirian susulan penggantungan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selama enam tahun pada sidang media petang esok.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Sembrong, Abd Ghani Abd Rashid berkata, sidang media berkenaan akan diadakan selepas Mesyuarat Khas Umno Bahagian Sembrong.

“Esok akan diadakan Mesyuarat Khas Umno Bahagian Sembrong. Selepas mesyuarat sekitar jam 5 petang, kami akan buat sidang media.

“Bagaimanapun, Datuk Seri Hishammuddin tidak akan menghadiri Mesyuarat Khas esok kerana difahamkan beliau berada di luar negara.

“Pada sidang media itu nanti pendirian Umno Bahagian Sembrong akan dibacakan bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda Umno Sembrong, Hafiz Ariffin,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Selain, Hishammuddin, Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan dan Ketua Umno Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang turut dilaporkan digantung keahliannya selama enam tahun.

Bekas Ketua Pemuda Umno yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tan Sri Noh Omar pula dipecat malam tadi.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad yang juga Ketua Umno Bahagian Pontian serta bekas Menteri Besar Johor pula digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.

Tempat Hasni yang juga Adun Benut itu akan diambil alih Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi. HM

Umno Bahagian Sembrong nyatakan pendirian petang esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker