UMNO akan bangkit mengikut hala tuju baharu ditetapkan – Ahmad Maslan

UMNO akan bangkit mengikut hala tuju baharu ditetapkan – Ahmad Maslan

UMNO akan bangkit semula dengan gigih, berlandaskan hala tuju baharu yang digariskan kepemimpinan parti itu, bagi membolehkan ia terus bergerak ke hadapan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menegaskan hala tuju itu digariskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Beliau berkata, Ahmad Zahid turut mengulas semula ucapan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan pada malam kelmarin.

“Selain itu, mesyuarat MKT malam tadi turut memutuskan persidangan tahunan cawangan akan berlangsung pada Februari, manakala peringkat bahagian pada Mac. Kedua-dua peringkat persidangan membabitkan pemilihan.

“Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan ialah pada 1 Februari (Rabu) hingga 26 Februari 2023 (Ahad) iaitu selama 26 hari,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam ucapan dasar ketika PAU 2022 baru-baru ini, Ahmad Zahid menggariskan lima hala tuju baharu bagi membolehkan UMNO bergerak ke hadapan, sesuai dengan perubahan sikap, pemikiran dan landskap politik negara.

Hala tuju pertama adalah menjalin kerjasama strategik dengan mewujudkan persefahaman dengan rakan-rakan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam mendepani realiti politik baharu,

Keduanya adalah menyegarkan parti dengan pemugaran idea serta pengkaderan yang efektif, sesuai dengan perubahan minda serta keutamaan rakyat.

Ketiga pula merujuk kepada keperluan untuk melabur dalam teknologi dan komunikasi masa hadapan bagi memastikan parti tidak ketinggalan dalam kecanggihan serta kepantasan perhubungan kerana UMNO mesti menguasai teknologi semasa dan terkini sebagai saluran penyampaian, melampaui wadah media sosial sekarang.

Sementara itu, hala tuju keempat membabitkan gerakan merombak gerak kerja jentera parti secara konvensional kepada pendekatan berasaskan data dan analisis di semua peringkat struktur parti, sesuai dengan demografi pengundi dan psikografik rakyat yang membabitkan kajian keperibadian, nilai, pendapat, sikap, minat dan gaya hidup.

Bagi hala tuju kelima, parti mesti menggilap dan mengetengahkan muka-muka baharu sebagai wajah hadapan parti selain usaha meningkatkan kualiti ahli serta menggilap potensi mereka untuk mewarisi kepimpinan parti dan negara perlu sentiasa berjalan.

Ahmad berkata, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac 2023 (Sabtu).

“Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac 2023,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Ab Samad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU 2023).

Selain itu, mesyuarat MKT malam tadi turut membuat keputusan memecat dua pemimpin UMNO iaitu Tan Sri Noh Omar yang juga Ketua UMNO bahagian Tanjung Karang dan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin.

Selain itu, MKT turut mengenakan penggantungan selama enam tahun terhadap Bendahari Barisan Nasional (BN) yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein;

Turut dikenakan tindakan sama Naib Ketua Pemuda yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian pula digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor

Difahamkan, tempat beliau akan diambil alih Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi. BH

UMNO akan bangkit mengikut hala tuju baharu ditetapkan – Ahmad Maslan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker