Sebab pecat KJ, Noh Omar, gantung Hishammuddin dan 3 lagi pemimpin

Sebab pecat KJ, Noh Omar, gantung Hishammuddin dan 3 lagi pemimpin

Malam tadi, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengumumkan pemecatan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar, manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama tiga yang lain pula digantung keahlian selama enam tahun.

Pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO popular dipanggil KJ dan Noh, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang dan bekas Pengerusi UMNO Selangor adalah atas dakwaan melakukan sabotaj parti pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Selain Hishammuddindigantung keahlian adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

Sumber memberitahu BH, ucapan bekas Khairy yang menyatakan ‘parti itu sudah sesat dan mahu membersihkannya’ ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjadi faktor beliau dipecat.

Menurutnya, ucapan berkenaan menjadi pencetus yang meragut kestabilan politik dibawa UMNO dalam pilihan raya berkenaan, sekali gus melanggar disiplin parti.

Pemecatan Noh pula selepas terdapat laporan dan bukti kukuh beliau sabotaj calon Barisan Nasional (BN) Tanjung Karang pada PRU15

“Malah ada seorang calon Bebas yang bertanding di kawasan sama ketika itu adalah pegawai khasnya,” kata sumber berkenaan, hari ini.

Penggantungan Hishammuddin pula kerana beliau individu yang terbabit memujuk sembilan Ahli Parlimen BN supaya menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

Menurut sumber itu, tindakan Ahli Parlimen Sembrong itu dibuat tanpa berbincang dengan parti terlebih dahulu.

“Penggantungan Maulizan dibuat kerana beliau menjadi individu membantu Hishammuddin mengumpul akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Muhyiddin.

“Mohd Salim pula digantung keahlian kerana terdapat bukti langsung dan tidak langsung beliau mahu penggantinya bagi Parlimen Jempol kalah pada PRU15,” katanya.

Difahamkan penggantungan Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO diambil kerana kritikan terbuka beliau terhadap parti.

Sementara itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata tindakan Khairy dan Noh yang menekan UMNO ketika parti dalam keadaan lemah adalah tidak baik.

“Kita menggunakan kekuatan kita, kononnya kita ini tidak boleh disentuh, ‘itu tak boleh, ini tak betul’. Begitu juga mensabotaj parti, ini tidak boleh diterima,” katanya.

Mohd Razlan berkata, tindakan pemecatan dua pemimpin terbabit kerana parti memiliki alasan dan bukti kukuh mengenai tahap kesalahan dilakukan mereka.

Mengenai pemimpin yang digantung keahlian pula, beliau berharap mereka dapat kembali dan menyatakan kesetiaan kepada parti.

“Mereka ini masih ada ruang untuk bersama parti, menunjukkan kesetiaan kepada parti dan kita berharap ukhwah ini kita teruskan dengan perkara baik kerana parti tidak boleh lagi bergaduh seperti selepas PRU14.

“Kita mengharapkan mereka akan menunjukkan kesetiaan kepada parti dan ‘move on’ (lupakan yang lalu) kerana mereka masih boleh mengemukakan rayuan,” katanya. BH

Sebab pecat KJ, Noh Omar, gantung Hishammuddin dan 3 lagi pemimpin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker