Sudah Ada 2 Kes Keracunan Akibat Ivermectin – Pusat Racun Negara

Sudah Ada 2 Kes Keracunan Akibat Ivermectin – Pusat Racun Negara

Pusat Racun Negara hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah mula menerima kes keracunan yang diakibatkan oleh pengambilan Ivermectin.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Pusat Racun negara memaklumkan kes pertama yang diterima melibatkan seorang pengguna berumur 35 tahun yang telah mengambil sebiji pil Ivermectin.



“Akibat pengambilan sebiji pil itu, pengguna tersebut telah mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilan.

“Kes kedua pula melibatkan seorang warga emas yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji pil Ivermectin sekali gus,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Ivermectin belum lagi diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan Covid-19 di Malaysia namun didapati ada aktiviti penjualan ubat berkenaan secara tidak sah yang sedang belaku.

“Pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan.



“Ivermectin boleh menyebabkan kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut dan pening manakala kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru dan kematian,” jelasnya.

Tambahnya, setakat ini tiada sebarang antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan sebegitu oleh itu orang ramai digalakkan untuk mengelakkan pengambilan Ivermectin bagi melakukan rawatan kendiri. – K! ONLINE

Sudah Ada 2 Kes Keracunan Akibat Ivermectin – Pusat Racun Negara


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Aliff Syukri Tertekan Rumah 6 Juta Tiada Pembeli



Game Plan Terbaru Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker