“Tidak Perlu Obses Siapa bakal PM” – Lim Guan Eng

“Tidak Perlu Obses Siapa bakal PM” – Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Negara tidak perlu obses berkenaan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, sebaliknya memfokuskan kepada bagaimana Pelan Pemulihan COVID-19 dapat dilaksanakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tumpuan ketika ini adalah untuk membetulkan kegagalan yang dilakukan kerajaan hari ini dan pelan normalisasi ekonomi untuk memastikan Malaysia kembali ke landasan sepatutnya.



Jelasnya, ahli-ahli Parlimen pembangkang juga perlu menunjukkan bahawa mereka boleh melakukan reformasi institusi lebih daripada apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin tawarkan.

“Dalam kata lain, negara tidak perlu obses terhadap siapa yang akan jadi Perdana Menteri tetapi apakah Pelan Pemulihan COVID-19 untuk membetulkan kegagalan kerajaan sekarang dan pelan normalisasi ekonomi untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasannya serta menunjukkan kita boleh melakukan lebih daripada reformasi institusi yang ditawarkan Muhyiddin.

“DAP kekal dengan pilihan kami berkenaan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri berdasarkan mandat yang diberikan Pakatan Harapan.

“Tiada siapa yang berhak menuntut menjadi Perdana Menteri, sebaliknya kelayakan mesti bergantung kepada potensi kemampuan dan kapasiti untuk menangani pandemik COVID-19, kemerosotan ekonomi dan komitmen kepada reformasi institusi untuk menstabilkan Malaysia sebagai sebuah negara membangun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, walaupun ramai yang mengharapkan Muhyiddin tidak mempunyai pilihan lain kecuali meletakkan jawatan, namun DAP menentang pelaksanaan Pilihan Raya Umum tatkala jumlah kematian COVID-19 di negara ini menghampiri 12,000 kes.



“DAP mengulangi komitmen untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat dengan memfokuskan kepada usaha menentang COVID-19, Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang lancar untuk mencapai imuniti kelompok menerusi suntikan bukan jangkitan dan bantuan kewangan bersasar untuk mengeluarkan negara daripada kemelesetan,” katanya.

Justeru katanya, tawaran yang dibuat Muhyiddin itu bukan sahaja melibatkan keikhlasan, sikap dan keadaan, sebaliknya tawaran itu dibuat tatkala beliau telah hilang majoriti di Parlimen serta keabsahan sebagai sebuah kerajaan demi untuk mengekalkan kuasa.

“Bagaimana ia boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang telah secara jelas gagal menguruskan COVID-19 dan kemelesetan ekonomi sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagal, kini minta untuk diberikan peluang kedua?” soalnya.-Awani

“Tidak Perlu Obses Siapa bakal PM” – Lim Guan Eng




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Aliff Syukri Tertekan Rumah 6 Juta Tiada Pembeli

Game Plan Terbaru Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker