Jangka Hayat PN Berakhir, Muhyiddin Kena Letak Jawatan

Oleh Nurul Aisyah

MUHYIDDIN Yassin sedang berusaha mengekalkan jawatan dalam keadaan beliau ditolak oleh rakyat. Majoriti penduduk Malaysia mula mengelarkan beliau “pembunuh”, kerajaan gagal dan lain-lain lagi.

Kini majoriti Ahli Parlimen pula dikatakan menolak Muhyiddin. Memetik artikel Utusan Malaysia, Beliau tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan jawatan selepas parti-parti luar daripada gabungan itu menolak kerjasama rentas parti yang ditawarkan, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata, jangka hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berakhir dengan penolakan tersebut, justeru Muhyiddin perlu berundur tanpa menunggu keabsahannya ditentukan oleh Parlimen pada bulan depan.

Katanya, usaha kerjasama rentas parti yang diumumkan semalam merupakan satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini untuk mengekalkan kuasa yang ada.

“Apabila tawaran itu ditolak, Muhyiddin tidak mempunyai dahan lagi untuk berpaut dan perlu meletakkan jawatan secara terhormat bagi mengembalikan mandat rakyat kepada perdana menteri yang mempunyai sokongan yang cukup.

“Muhyiddin juga tidak berhak menyatakan pandangannya bahawa tiada siapa yang layak menjadi perdana menteri kerana soal pelantikan tersebut merupakan keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker