Muhyiddin patut ambil ‘cuti sakit’ lebih awal

Sebaran :

Muhyiddin patut ambil ‘cuti sakit’ lebih awal, kata Puad

Muhyiddin Yassin sepatutnya mengambil “cuti sakit” lebih awal, kerana semakin ramai Ahli Parlimen dari Umno dijangka menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno (MKT), Puad Zarkashi.

Puad berkata, Muhyiddin perlu menerima kenyataan tersebut dengan mempercepatkan usul undi percaya minggu depan dan berhenti memperjuangkan kedudukannya.

“Semoga Muhyiddin menerima kenyataan. Pintu keluar tertutup rapat. Dia patut ambil cuti sakit lebih awal sebelum surat Speaker kepada Yang di-Pertuan Agong bocor.

“Cepatkan sahaja usul undi percaya minggu depan. Berhenti melawan. Hentikan “fighting a losing war”,” kata Puad di Facebook.

Puad turut mengingatkan Muhyiddin agar tidak menggunakan jalan keluar yang ‘kotor’ kerana ia hanya membuatkan krisis yang berlaku semakin parah.

“Mohon Muhyiddin jangan cari ‘exit plan’ yang dilihat merasuah, langgar Perlembagaan, derhaka pada Agong dan mengheret negara kepada krisis keyakinan lebih parah.” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Istana Negara pada Khamis dilaporakan telah meminta speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun untuk menyatakan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin.

Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri semakin goyah sejak Umno memutuskan untuk menarik sokongan terhadapnya awal bulan ini, dengan parti dan pembangkang mendesak beliau meletak jawatan.

Puad mendakwa, kedudukan Muhyiddin bertambah genting selepas beberapa menteri dan Ahli Parlimen Umno tidak berpuas hati kerana tidak berunding terlebih dahulu berkenaan tawaran yang dibuat semalam.

“Beberapa Ahli Parlimen Umno dakwa mereka ditikam dari belakang kerana Muhyiddin buat ‘U-turn’ bila tawar kerjasama dengan DAP dan Anwar.

“Mereka rasa terpalit dengan tindakan tersebut. Justeru ada yang sudah bersiap sedia untuk turut menarik sokongan kepada Muhyiddin,” ujarnya. FMT

Muhyiddin patut ambil ‘cuti sakit’ lebih awal

Game Plan Terbaru Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply