TPM kata jangan sebar spekulasi kes tembak anggota TUDM

TPM kata jangan sebar spekulasi kes tembak anggota TUDM. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap tiada sebarang spekulasi dan penyebaran berita tidak benar berhubung insiden tembakan di Unit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kota Samarahan, Kuching pada Jumaat yang mengorbankan empat anggota TUDM.

Dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi menjaga sensitiviti serta nama baik ahli keluarga perajurit yang terlibat sehingga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris semua perajurit negara yang terkorban dalam insiden tembakan tersebut.

“ATM telah menyampaikan sumbangan kebajikan sewajarnya kepada waris mangsa. Semoga semua rakyat Malaysia dapat bersama berdoa dan memberi sokongan kepada mereka,” katanya.

Dalam kejadian pada Jumaat, empat anggota TUDM terkorban iaitu Kpl U Mohamad Ehsan Sehamat, Laskar Udara (LU) Nesly Anak Nabau, Kpl U Ho Swee Boon dan Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli. – Bernama

TPM kata jangan sebar spekulasi kes tembak anggota TUDM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kegilaan Mahiaddin Md. Yassin yang terdesak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker