Leeds lenjun ‘Disiram’ Manchester United [VIDEO]

Sebaran :

Leeds lenjun ‘Disiram’ Manchester United. OLE Gunnar Solskjaer melaungkan amaran awal bahawa Manchester United serius mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila membelasah Leeds United 5-1 dalam aksi di Stadium Old Trafford malam ini.

Anak buah Solskjaer memulakan pesta gol dalam aksi pertama liga musim ini bermula dengan jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-30 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.

Skuad Marcelo Bielsa memperkemaskan permainan pada babak kedua kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Luke Ayling pada minit ke-48 untuk The Whites.

Tersentak dengan jaringan itu, The Red Devils kembali mengasak kubu lawan dan hasilnya tuan rumah kembali di depan hasil jaringan Mason Greenwood pada minit ke-52 sebelum Fernandes melebarkan kedudukan dengan gol pada minit ke-54′.

Fernandes yang tampil cemerlang pada aksi itu terus menambah derita pelawat apabila melengkapkan hatrik menerusi jaringan pada minit ke-60 sebelum Fred memastikan tiga mata berharga milik The Red Devils dengan gol pada minit ke-68 untuk kemenangan bergaya 5-1 Manchester United.

Leeds lenjun ‘Disiram’ Manchester United


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangka hayat PN dan Muhyiddin sudah berakhir

 


Sebaran :

Leave a Reply