Gantung diri di pokok mangga sebelum Maghrib

Gantung diri di pokok mangga sebelum Maghrib

ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas menggantung dirinya di sebatang pokok mangga di Kampung Melaka Pindah di sini, hari ini.

Mangsa berusia 70 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 7 malam tadi sebelum mayatnya diturunkan dengan bantuan pasukan bomba.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Zamri Omar berkata, panggilan kecemasan diterima daripada anggota polis pada pukul 7.19 petang.

Katanya, sepasukan 11 anggota bersama tiga jentera ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

“Apabila tiba di lokasi, terdapat satu mayat lelaki dalam keadaan tergantung di sebatang pokok mangga yang terletak berhampiran sebuah stor di hadapan rumahnya.

“Mayat diturun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.



Mengulas lanjut, beliau menambah, difahamkan, mangsa adalah seorang warga Indonesia yang mendapat taraf pemastautin tetap di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan masih diteruskan, namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Terdahulu, satu mesej turut tular di aplikasi WhatsApp sejak pukul 7 malam tadi mengenai kejadian seorang lelaki dipercayai bilal di Kampung Melaka Pindah bertindak menggantung diri di sebatang pokok. Utusan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Gantung diri di pokok mangga sebelum Maghrib


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker