‘Asif Memang Takut Jarum’, Hampir Sejam Pujuk Pelakon Asif Untuk Suntik Vaksin [VIDEO]
‘Asif Memang Takut Jarum’, Hampir Sejam Pujuk Pelakon Asif Untuk Suntik Vaksin [VIDEO]
“Asif memang takut jarum. Dia terlalu panik sehinggalah terjadi ‘babak’ begini,” kata YouTuber popular dan pengarah, Syahmi Sazli mengenai rakaman video Asif Suhaimi yang mengambil suntikan vaksin di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan yang tular sejak semalam.
Video ini memaparkan Asif yang juga salah seorang pelakon yang popular menerusi drama pendek di saluran YouTube Syahmi Sazli terpaksa dipujuk oleh petugas untuk menerima suntikan.
Malah, Asif terpaksa ditenteramkan oleh Syahmi dan isterinya Anissa, selain dibantu tiga lelaki yang memegang tangan dan kakinya bagi memudahkan dia disuntik.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress PHBtgAHD]Syahmi berkata, Asif sememangnya tidak mahu divaksin dan dia menggunakan strategi untuk memaksanya berbuat demikian.
“Saya paksa dan ugut dia. Kalau tak ambil vaksin dah tak boleh berlakon dan tak boleh pergi mana-mana termasuk bercuti selepas ini. Itu yang buatkan dia setuju.
“Apabila tiba di PPV memang tiada masalah. Namun, bila hendak disuntik memang dah tak boleh buat apa. Kami pujuk dia hampir sejam.
“Kami tiba ketika pengunjung masih ramai, tapi apabila selesai disuntik, orang semua sudah pulang dan dewan sudah kosong. Bayangkan berapa lama kami pujuk dia,” katanya kepada Harian Metro.
Syahmi yang mencipta kejayaan menerusi filem Mael Totey The Movie berkata, memegang Asif beramai-ramai adalah pilihan terakhir yang difikirkan mereka.
“Kena pegang dia kuat-kuat. Ketika dia demam dua tahun lalu, doktor nak tahan dia di wad dan nak ambil darah. Waktu itu kami pegang dia kuat-kuat juga macam nak vaksin tapi tak berjaya.
“Sebabnya waktu itu dia betul-betul kuat. Dia tepis jarum sehingga tercucuk tempat lain sampai berdarah. Yang ini memang terpaksa dan nak tak nak memang kena vaksin.
“Saya sebenarnya tak nak jadi macam dulu. Risau juga takut semasa jarum masuk dalam dia menggelupur dan berlaku perkara tak diingini,” katanya.
Menurutnya, selain jarum, Asif juga takut makan ubat.
“Kalau demam nak suruh makan ubat memang payah. Akhirnya saya hancurkan ubat kemudian kacau sekali dengan air. Itu pun susah juga,” katanya.-HM
‘Asif Memang Takut Jarum’, Hampir Sejam Pujuk Pelakon Asif Untuk Suntik Vaksin [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU