Zahid kata ‘Kini kita tahu mana intan mana kaca’

Zahid kata ‘Kini kita tahu mana intan mana kaca’. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parti itu kini boleh melihat “pemimpin mana yang intan dan kaca” selepas ada yang masih menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ahli Umno tidak perlu berasa kecewa kerana tindakan pemimpinnya yang menyokong kerajaan gagal kerana ia menjadi asbab untuk parti Melayu itu terus gemilang pada masa depan.

“Bagi mengertikan Umno tentang intan dan kaca, yang mana ikhlas kepada rakyat dan parti atau yang mana sebaliknya.



“Tidak perlu dicari dan digali kerana ia terdedah sendiri. Maka kita semua bersyukur atas kebenaran yang terzahir,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, Zahid berkata Umno sebagai parti milik rakyat perlu terus memperjuangkan kewajipannya tanpa ragu-ragu.

Katanya, keutamaan Umno ketika ini adalah demi masyarakat Malaysia dan tanah air.

“Kepada yang ramai setia kepada perjuangan terima kasih. Rakyat perlu dilindungi. Negara perlu diselamatkan sebelum terlambat,” katanya.



Zahid juga menggesa Umno supaya berhati-hati dalam menilai berita yang menggunakan maklumat diberi oleh individu “anonymous” yang berkemungkinan mempunyai pelbagai agenda dan muslihat.

“Apakah tujuannya, motifnya, agendanya, kejujuran atau muslihatnya. Berkepentingan tertentu, bias atau mahu mengelirukan?

“Semua sedia maklum Umno sedang berdepan tindakan hebat oleh sang penguasa dan pengikut mereka. Gara-gara Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan gagal pimpinan presiden Bersatu,” katanya.

Zahid berkata, disebabkan itu beliau juga menjadi sasaran propaganda oleh kerajaan Perikatan Nasional.



Zahid kata ‘Kini kita tahu mana intan mana kaca’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker