Buaya bawa mayat wanita

Buaya bawa mayat wanita kejadian di Mexico, bukan Pulau Pinang

Kejadian seekor buaya yang dilihat membawa mayat seorang wanita dari dalam mulutnya seperti yang tular dalam media sosial hari ini bukan berlaku di kawasan laut Jambatan Pulau Pinang seperti didakwa.

Sebaliknya, pencarian Utusan Online di internet mendapati kejadian itu dilaporkan berlaku di sebatang sungai di Tampico, Mexico pada 21 Jun lalu.

Kejadian itu turut dilaporkan oleh portal Mexico Daily Post di
https://mexicodailypost.com/2021/06/22/huge-crocodile-attacks-and-kills-a-woman-in-tampico/ yang turut memuatkan video kejadian itu serta usaha menyelamat oleh pihak berkuasa negara berkenaan berdurasi kira-kira 40 minit.

Berdasarkan laporan itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika wanita yang didakwa sebagai gelandangan terbabit sedang mencuci pakaian di sungai itu kira-kira pukul 7 malam sebelum disambar buaya berkenaan.

Berdasarkan laporan berita itu, mayat wanita berkenaan berjaya diselamatkan daripada buaya terbabit selepas lebih satu jam usaha menyelamat dilakukan oleh anggota keselamatan negara berkenaan.

Dalam pada itu, video yang disebarkan terbabit turut didakwa berlaku di India namun telah dinafikan oleh laporan berita dari negara berkenaan.

Terdahulu awal pagi ini, video yang sama tular dalam media sosial yang mendakwa kononnya berlaku di kawasan laut Jambatan Pulau Pinang melibatkan seorang mangsa wanita yang bertindak terjun membunuh diri.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes seperti yang tular tersebut. Utusan

Buaya bawa mayat wanita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker