Adakah Hilman Idham kebal?
PKR Perak menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan berhubung kes rogol membabitkan dua lelaki yang dikaitkan dengan Adun Gombak Setia, Hilman Idham.
Ini selepas wanita yang didakwa sebagai mangsa berkata pihak polis masih belum mengambil tindakan setelah sembilan bulan dia melaporkan kejadian itu.
Ketua polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan akan selesai “tidak lama lagi”.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak meminta ketelusan pihak polis dalam kes berkenaan.
“Saya mewakili rakyat Malaysia yang mahukan keadilan di dalam sistem perundangan dan meminta ketelusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penyiasatan ke atas mereka yang terlibat tanpa mengira latar belakang individu yang terlibat.
“Sebarang aduan jenayah seksual harus diambil berat demi mewujudkan satu persekitaran yang selamat bagi rakyat Malaysia,” katanya.
Selain itu, Farhash turut membangkitkan kebimbangan terdapat “unsur campur tangan” dalam kes tersebut.
“Tidak dinafikan kegusaran segelintir pihak yang mula mempersoalkan sekiranya terdapat unsur campur tangan di dalam kes tersebut kerana ia melibatkan setiausaha politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanyamerujuk kepada Hilman.
Semalam wanita itu dilapor bercadang menyaman pihak polis jika tidak memaklumkan perkembangan terbaru siasatan dalam masa tujuh hari.
Peguamnya, Asheeq Ali Sethi Alivi membandingkan kes berkenaan dengan tindakan pantas yang diambil dalam dakwaan salah laku seks membabitkan wakil rakyat seperti ahli parlimen Tronoh, Paul Yong dan Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil.
Berdasarkan laporan polis pertama yang dibuat wanita berkenaan, dia mendakwa terbangun pada pukul empat pagi pada 5 Disember di sebuah bilik hotel dalam keadaan berbogel sendirian.
Wanita itu merasakan dirinya dinodai setelah menemui kondom di bilik mandi.
Dia kemudian membuat laporan polis kedua pada 8 Mei dan mendakwa Hilman “merancang” insiden tersebut setelah makan malam sempena sambutan hari jadi dan sesi karaoke di sebuah hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Dia sebelum ini mengaku sebagai wanita yang dipapah ke bilik hotel dalam rakaman CCTV yang tular oleh seorang lelaki yang didakwanya sebagai Hilman.
Hilman masih belum menjawab permintaan untuk memberi komen mengenai perkara itu.
Adakah Hilman Idham kebal?
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU
Nama Najib dan Ku Li disebut-sebut PM Interim