Kurangkan Pengambilan Kopi Jika Ada Simptom Ini

Kurangkan Pengambilan Kopi Jika Ada Simptom Ini

PADA masa kini, kopi tidak lagi dianggap sebagai sekadar sejenis minuman untuk menghilangkan haus atau mengelak rasa mengantuk semata.

Ia telah perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada produk gaya hidup yang diambil secara rutin.

Lihat sahaja lambakan pelbagai jenis cafe atau jenama dari dalam dan luar negara yang terdapat di setiap pelosok negara.

Malah jika ada pertemuan sama ada santai atau profesional, di situlah akan sentiasa menjadi sasaran.

Bagi golongan yang bekerja pula, meminum kopi boleh menjadi pemangkin ‘pembuka selera’ untuk mereka berdepan dengan pelbagai tugasan di pejabat atau tempat kerja.

Tapi ramai yang kadang-kadang lupa bahawa kopi mengandungi kafein. Dengan kesan kafein inilah yang boleh membuat anda kurang rasa mengantuk dan kadangkala berdebar-debar.

Tapi jika diambil berlebihan ia juga boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan.

Jika anda alami beberapa gejala seperti MASKULIN kongsi di bawah, itu petanda anda harus kurangkan pengambilannya dengan segera.

SELALU SAKIT PERUT

Selepas minum kopi sahaja anda mula sakit perut yang memulas. Ia mungkin disebabkan berlakunya gangguan pada prosespencernaan.

Kopi boleh menjadi punca kepada refluks gastroesofageal. Jadi kurangkan minum kopi buat sementara waktu.

MUDAH CEMAS

Individu yang terlalu banyak minum kopi didapati akan muda berasa cemas. Selain itu mereka juga berdepan masalah kurang tidur dan sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik.

JANTUNG BERDEGUP KENCANG

Jika mula rasa jantung semakin pantas berdegup, itu petanda besar bahawa anda perlu kurangkan minum kopi. Kandungan kafein mencetuskan denyutan jantung yang pantas lalu boleh menyebabkan anda juga berasa sakit kepala.

SUKAR TIDUR

Inilah antara sebab mengapa ramaia meminum kopi iaitu untuk mengelak rasa mengantuk.

Namun jika diambil dengan banyak atau tidak kena pada waktunya; sebagai contoh waktu malam, maka ia boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

Apabila tidur tidak cukup, keesokannya anda minum lagi kopi untuk elak rasa mengantuk di pejabat. Ini memburukkan lagi keadaan.

SAKIT KEPALA

Bagi penggemar kopi minuman ini mampu meredakan rasa tekanan mereka.

Namun dalam satu kajian yang dijalan oleh Universiti Johns Hopkins mendapati individu yang minum lebih lima cawan kopi akan berdepan sakit kepala.-Maskulin

Kurangkan Pengambilan Kopi Jika Ada Simptom Ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bagaimana Lipas Menjadi ‘Sumber Protein’ Yang Terkandung Dalam Kebanyakan Kopi

Harga kopi di Korea Utara cecah RM414 sebungkus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker