Dr Musa gesa beri vaksin pada kanak-kanak

Dr Musa gesa beri vaksin pada kanak-kanak

Pakar pediatrik, Dr Musa Mohd Nordin sekali lagi menggesa vaksin diberikan kepada kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebelum sekolah dibuka semula pada 1 September.

Musa, yang sangat lantang membangkitkan isu kesihatan awam di negara ini, bagaimanapun mengingatkan bahawa tidak semua vaksin sesuai untuk kanak-kanak.



“Pfizer atau Moderna. Kedua-dua vaksin mRNA adalah yang terbaik diteliti dan mempunyai pelbagai ujian klinikal yang telah diterbitkan, di atas pengalaman dunia nyata,” kata Musa ketika dihubungi Malaysiakini.

Doktor daripada Hospital Pakar KPJ Damansara itu tidak berpuas hati dengan keputusan baru-baru ini untuk menangguhkan pelan vaksinasi kepada mereka yang berusia antara 12-17 tahun, dengan menyebut alasan risiko mengenai myocarditis (radang jantung).

Musa merujuk kepada isu pemberian vaksin Oxford-AstraZeneca pada bulan Mei, yang dididakwa menghadapi kelemahan pengurusan.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Memetik data dari Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) kerana kekurangan data dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Musa berkata risiko kanak-kanak terkena myocarditis akibat komplikasi Covid-19 jauh lebih tinggi berbanding dengan vaksinasi.

Myocarditis merujuk kepada keradangan otot jantung, dan pericarditis adalah keradangan pada lapisan luar jantung. CDC melaporkan risiko myocarditis pada kanak-kanak lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah 67 per juta.

Bagaimanapun, penyelidikan baru-baru ini menunjukkan risiko ini 13 kali dengan virus SARS-CoV-2, yang dianggarkan 876 per juta.



Bagi kanak-kanak perempuan, ia adalah 24 kali lebih tinggi dengan jangkitan Covid.

“Manfaat vaksinasi kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 hingga 17 tahun jauh lebih besar daripada risiko myocarditis dan pericarditis yang berkaitan dengan vaksin mRNA,” kata Dr Musa. Mk

Dr Musa gesa beri vaksin pada kanak-kanak

Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker