Telekung solat Datuk Seri Vida ibarat khemah bergerak – Netizen

Telekung solat Datuk Seri Vida ibarat khemah bergerak – Netizen

Sentiasa tampil pelik dan berlainan daripada orang lain, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau DSV kali ini muncul pula dengan kain telekung solat berbeza dari kebiasaan.

Walaupun sering menjadi bahan tawa orang ramai, DSV tetap dengan kemahuan dirinya yang inginkan kelainan jika dibandingkan dengan orang lain.



Kali ini, telekung solat yang dikenakan beliau merupakan telekung yang begitu labuh sehingga menutup jalan dan sarat dengan manik-manik perhiasan di atasnya.

Menerusi beberapa klip video yang dikongsi di laman sosial TikToknya, DSV turut mengenakan beberapa persalinan telekung solat yang berbeza dari segi corak dan warna.

“Salam Ramadan daripada saya Datuk Seri Vida, semoga amalan kita diterima Allah dan diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa dan diberikan kesihatan yang baik.

“Diberikan kesenangan di dunia dan akhirat serta diberikan hidayah kepada kita,” ucap DSV melalui klip video di Tik Tok miliknya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut memperli fesyen yang dikenakan oleh DSV itu dan ramai menyifatkan seperti khemah besar sedang berjalan.

“Sah ke solat pakai canopy (khemah) ni datuk seri, macamana nak rapatkan saf nanti,” kata Ceo Off Setich.

“Alhamdulillah buat amal jariah mop satu masjid, saya sentiasa sokong datuk bersihkan seluruh masjid tu,” tulis Kuku Chan. K Online

Telekung solat Datuk Seri Vida ibarat khemah bergerak – Netizen



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker