KDN panggil Mkini berhubung artikel ‘gurauan rogol’


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Malaysiakini dan China Press berhubung artikel kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani mengenai ugutan rogol terhadap seorang remaja.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, laporan itu tidak tepat.

“Sehubungan dengan itu, Kementerian Dalam Negeri akan memanggil pihak Malaysiakini dan China Press dengan segera untuk mendapatkan penjelasan serta maklumat lanjut berhubung laporan-laporan media tersebut,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan malam ini.

Tarikh pertemuan itu bagaimanapun tidak diberikan.



Pada Ahad lalu, Ain Husniza Saiful Nizam,17 mendakwa menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya setelah dia mendedahkan seorang guru lelaki membuat gurauan di dalam kelas mengenai serangan seksual.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis mengenai ancaman pelajar tersebut.

Ain dan bapanya sebelum ini telah membuat laporan mengenai kenyataan guru itu.

Ketika ditanya mengenai kes Ain semalam, Acryl memberitahu sidang media di Shah Alam seperti berikut:



“Pelajar berkenaan (Ain) telah membuat dua laporan polis, pertama beliau membuat berkaitan dengan apa yang beliau rasakan pendekatan guru tersebut tidak begitu proper (wajar).

“Semalam beliau membuat laporan tambahan berkaitan dengan mungkin gurauan daripada rakan sedarjahnya yang beliau mungkin tidak dapat terima,” katanya.

Acryl juga berkata polis telah membuka kertas siasatan dan mengambil keterangan daripada guru Ain dan rakan sekelasnya.

Berdasarkan video rakaman sidang media di Facebook, Malaysiakini menerbitkan artikel dengan tajuk: “Deputy IGP describes rape threat against teen as ‘maybe a joke’ (Timbalan IGP sifatkan ugutan rogol ‘mungkin gurauan rakan sedarjah).



Sementara itu China Press menerbitkan sebuah artikel dalam bahasa Cina bertajuk: “Pelajar perempuan diancam rogol, Acryl Sani: Rakan sekelas mungkin bergurau”.

Malaysiakini telah melihat laporan Ain, di mana dia menyatakan kebimbangan terhadap ugutan itu dan tidak menyebut kemungkinan bahawa ia adalah gurauan.

Bukit Aman, sebagai respons terhadap artikel hari ini, mengemukakan transkrip yang menunjukkan kenyataan “mungkin gurauan” itu memang diucapkan Acryl.

Namun dalam kenyataan itu dijelaskan bahawa ‘mungkin gurauan’ itu merupakan aspek yang sedang disiasat dan tidak bermaksud bahawa isu itu sekadar gurauan.



Bukit Aman juga hari ini mengatakan bahawa artikel tersebut memberikan gambaran bahawa Acryl mengatakan ugutan itu “itu hanya gurauan”.

Malaysiakini tidak menulis ayat seumpama itu.

Untuk rekod Bernama juga telah menerbitkan sebuah artikel semalam dengan tajuk “Polis terima dua laporan gurauan rogol pelajar”. Mk

”Anak saya terima ugutan rogol” – Bapa pelajar dedah lawak rogol guru



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker