Cadang askar wajib bersara selepas khidmat 21 tahun

KUALA LUMPUR: Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dicadangkan supaya wajib bersara selepas 21 tahun perkhidmatan bagi membolehkan mereka menikmati pencen.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan itu akan melibatkan pindaan Akta Angkatan Tentera 1972 mengenai peraturan pencen dan ganjaran.

Katanya, pada masa ini semua anggota tentera mempunyai pilihan berhenti sukarela selepas 12,15 atau 18 tahun perkhidmatan tanpa menerima pencen.



“Apabila mereka tamat perkhidmatan sebelum 21 tahun mereka tidak berpencen dan perlu mulakan penghidupan baharu.

Lelaki Bangladesh ‘Melancap’ dalam LRT ditahan polis

“Ada menjalankan perniagaan namun apa yang kita kuatirkan adalah jika perniagaan mereka tidak menjadi.



“Jadi cadangan pindaan ini untuk menjamin anggota tentera menerima pencen apabila tamat berkhidmat,” katanya ketika menghadiri Majlis Perjumpaan, Berbuka Puasa dan Ramah Mesra bersama Persatuan-Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira hari ini.

Seramai 175 wakil dari 73 persatuan veteran ATM di seluruh negara mengadakan perjumpaan dan dialog berhubung isu semasa veteran ATM.

Dalam pada itu, Ismail berkata, setakat ini RM8,745 juta berjaya dikutip menerusi tabung pahlawan.

Radzi buat ‘homework’ tak? Tanya Puad Zarkashi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker