Lelaki Bangladesh ‘Melancap’ dalam LRT ditahan polis

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki berkelakuan tidak senonoh dalam LRT awal bulan ini.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan oleh polis bantuan di Stesen LRT USJ 7 di Subang Jaya pada 9.30 malam, Ahad lalu, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman.

“Suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” kata beliau, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek telah direman selama 14 hari bermula Ahad hingga 8 Mei ini.

Radzi buat ‘homework’ tak? Tanya Puad Zarkashi

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 /63,” kata beliau.

Dalam kejadian sekitar 8.30 malam pada 4 April lalu, seorang wanita mendakwa seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan melakukan aksi melancap ketika duduk bertentangan dengannya dalam LRT di Stesen USJ 21.

“Pengadu sempat merakam sebahagian perbuatan suspek tersebut,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Amihizam Abdul Shukor, yang mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Bagaimana peniaga burger mampu bayar kompaun RM50,000 ? – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker