[VIDEO] Selepas Tularkan Cikgu ‘Gurau’ Fasal Rogol, Pelajar Dakwa Diugut Rakan Sekelas

“Kalau Aku Dapat Aku SagatSagat Dia. Tak Pun Aku Rogol Hantar Kat Thailand…!

 

Dia yang lebih dikenali sebagai Ain berkata telah menerima pesanan audio dari rakan sekelas lelaki yang kurang senang dengan tindakannya membuat kicauan mengenai guru tersebut.

Menerusi audio yang dimuat naik Ain di laman sosial Twitter, pelajar lelaki tersebut berkata gurauan guru lelaki itu sepatutnya tidak diperbesarkan dan boleh diselesaikan secara dalaman di sekolah.



“Budak-budak sini yang sebelum ni pun kena macam tu tak heboh pun. Tak heboh kat Twitter pun. Tak cakap benda-benda macam ni pun.

“Sumpah bodoh budak ni. Kalau aku dapat aku sagat-sagat dia. Tak pun aku rogol, hantar kat Thailand,” kata individu dalam audio berkenaan.

VIDEO DIBAWAH:-

Sehubungan itu Ain telah membuat satu lagi laporan polis mengenai ugutan diterima daripada pelajar yang dipercayai teman sekelasnya

VIDEO DIBAWAH:-

Pada Sabtu lalu, Ain mendedahkan guru pendidikan jasmani dan kesihatannya membuat jenaka rogol yang antara lain dikatakan menyebut “nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.”

Dia kemudiannya membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan kerana berasakan pendekatan guru tersebut tidak wajar sebelum menambah satu lagi laporan polis semalam.



Difahamkan, kertas siasatan telah dibuka dan kenyataan pihak yang terlibat sudah diambil.-GEMPAK

Related Articles

One Comment

  1. eloklah buat laporan tu saya paham kalau terjadi kepada anak saya pun akan buat laporan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker