Lantik golongan profesional pegang jawatan penting elak ‘politiking’
Atas alasan akur dengan keputusan parti, seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.
Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Seiring keputusan itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Tidak berapa lama kemudian, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.
Biarpun begitu Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan tindakan Ahli Parlimen UMNO itu bukanlah sesuatu yang pelik.
“Itu tindakan dibuat kerana mereka ikut arahan parti mereka sebab mereka menang pun atas tiket parti
“Sama ada tindakan itu wajar atau tidak bergantung dari perspektif mana kita tengok,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Bagaimanapun untuk mengurangkan ‘politiking’, beliau berpendapat wajar dilantik ahli profesional yang berkemampuan memegang jawatan-jawatan penting negara termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan.
“Sebab yang menang bertanding dalam PRU tak semestinya berkebolehan dan banyak membawa kepentingan parti,” katanya.
Terdahulu, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain turut mencadangakan supaya ahli profesional dan teknokrat dilantik ke jawatan menteri tertentu bagi mengurangkan politiking.
Biarpun golongan berkenaan tidak mempunyai kekuatan akar umbi seperti ahli politik, tetapi negara lebih memerlukan tenaga dan buah fikiran mereka.
Baca Artikel Menarik :
- Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.