Siti Sarah sepatutnya menyanyi di majlis saya – Uqasha

Siti Sarah sepatutnya menyanyi di majlis saya – Uqasha

Hajat Tak Kesampaian, Uqasha Senrose Dedah Siti Sarah Nak Menyanyi Percuma Di Majlis Resepsi Kahwin Nanti

Bakal mendirikan mahligai bahagia tidak lama lagi bersama jejaka pilihan, pelakon Uqasha Senrose ada meluahkan rasa terkilan apabila hajat Allahyarhamah Siti Sarah untuk membuat persembahan nyanyian di majlis resepsinya nanti tidak kesampaian.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen,29, berkongsikan luahan sedihnya itu menerusi sebuah hantaran di media sosial Instagram, hari ini.

Kata Uqasha, dia berasa sangat sukar untuk menerima berita pemergian Siti Sarah kerana arwah seorang yang sangaat baik.

“Kak Sarah janji nak menyanyi di wedding Sha (Uqasha)..” tulisnya di hantaran Instagram tersebut.

Dalam pada itu, Uqasha turut mendedahkan tarikh majlis resepsinya yang sepatutnya berlangsung pada 19 Jun lalu di Genting namun terpaksa membatalkannya akibat pandemik COVID-19.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dalam tangkap layar tersebut, arwah Siti Sarah memberitahu bahawa dia ingin menyanyi secara percuma di majlis perkahwinan tersebut tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Tanggal 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi, Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan COVID-19. Bn

Siti Sarah sepatutnya menyanyi di majlis saya – Uqasha

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker