Bulu Itik Termahal Dunia [VIDEO]

Bulu Itik Termahal Dunia [VIDEO]

Reykjavik: Cari bulu paling mahal di dunia. Itu yang dilakukan 400 pemburu pada setiap musim panas dengan menjelajah pulau kecil yang terpencil di Teluk Breizafjorzur, Iceland untuk mencari Eiderdown iaitu bulu itik kutub Eider.

Bulu berkenaan disifatkan sebagai ‘harta karun’ dan paling berharga di dunia.

Odditty Central yang memetik laporan AFP melaporkan aktiviti mencari bulu berkenaan diadakan hampir setiap tahun sejak ribuan tahun lalu.

Bulu berkenaan adalah salah satu serat semula jadi yang paling hangat sejak sekian lama dan digunakan membuat selimut yang terbaik.

Satu kilogram Eiderdown dijual dengan harga ribuan dolar ia hanya digunakan untuk membuat produk mewah.

Itik Eider mengeluarkan ‘aset’ berharga itu dari badannya dan ia digunakan sebagai lapisan perlindungan sarangnya yang berfungsi sebagai penebat semula jadi ketika ia menetaskan telur.

Sarang inilah yang diburu semasa perburuan tahunan Eiderdown.

“Apabila kita melihat telur, kita hanya mengambil bahagian bawah, dan ketika Eider sudah keluar dari sarang, kita mengambil semuanya,” kata Erla Fridriksdottir, ketua King Eider, salah satu pengeksport utama bulu berkenaan kepada AFP.

Eiderdown bukan saja ringan dan mempunyai fungsi penebat, malah ia amat sukar diperolehi.

Hasil tahunannya adalah kurang dari empat tan, dengan suku daripadanya dari Iceland.

Pemburu Eiderdown, secara purata, perlu mencari kira-kira 60 sarang itik untuk mengumpulkan satu kilogram bulu berkenaan.

Ia harus melalui pemeriksaan kualiti yang ketat untuk potongan yang juga secara langsung mempengaruhi harganya.

Sehubungan itu, hanya sebilangan kecil yang mampu membeli produk diperbuat daripada Eiderdown.

Ia memandangkan selimut yang dibuat daripada 800 gram bulu boleh mencecah harga lebih dari AS$5,000 (RM21,124).

Bulu Itik Termahal Dunia [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib

Amboi Mona Allen! Baik Punya….

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker