Bomoh dipukul kerana didakwa lakukan sihir
Bomoh dipukul kerana didakwa lakukan sihir
Tumpat: Seorang pengamal perubatan tradisional membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul sekumpulan lelaki kerana menuduhnya menjalankan rawatan salah.
Lelaki berusia 39 tahun yang berasal dari Perlis itu membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian pada petang Jumaat lalu selepas insiden dia dipukul empat lelaki.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa datang ke Kelantan bagi membincangkan urusan rawatan tradisional rakannya dengan suspek.
“Dalam insiden malam Rabu lalu, mangsa ke sebuah inap desa di Kubang Kerian untuk berjumpa dengan empat lelaki yang dikenali dengan panggilan Tok Singa, Tok Hijau, Wan Selamos dan Idris.
“Ketika berada di inap desa itu, mangsa dipukul oleh suspek dengan menggunakan batang plastik dan penyangkut baju kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan menjalankan perubatan dengan cara yang salah.
Baca Artikel Menarik :
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
“Mangsa mengalami lebam di mata kiri serta calar di muka dan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu namun ditahan di wad kerana masalah obesiti dan kencing manis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Susulan itu Shafien berkata, seramai enam lelaki yang berusia dalam lingkungan 32 hingga 42 ditahan dan dilepaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.
Baru-baru ini tular sebuah video menerusi Facebook seorang daripada suspek memaparkan insiden selisih faham sekumpulan lelaki yang menuduh mangsa menjalankan rawatan perubatan yang salah terhadap sebuah keluarga.
Dalam video berdurasi satu jam 44 minit itu turut dikatakan berlaku insiden mangsa dipukul beberapa individu yang berada di lokasi itu yang dikatakan menjalankan kaedah sihir. HM
Bomoh dipukul kerana didakwa lakukan sihir
Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib