Agong, Raja Permaisuri Ucap Takziah Buat Keluarga Siti Sarah

Agong, Raja Permaisuri Ucap Takziah Buat Keluarga Siti Sarah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bintang seni tanah air, Siti Sarah Raisuddin yang kembali ke Rahmatullah, hari ini.

Istana Negara menerusi laman Facebook dan Instagram menyatakan, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih di samping berharap seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” demikian menurut hantaran itu sebentar tadi. – K! ONLINE

Agong, Raja Permaisuri Ucap Takziah Buat Keluarga Siti Sarah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib

Amboi Mona Allen! Baik Punya….

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker