15 tahun Tidak Bersetubuh Dengan Suami, Ketahui Puncanya….

15 tahun Tidak Bersetubuh Dengan Suami, Ketahui Puncanya….

LONDON – Seorang wanita mendedahkan bahawa dia sudah 15 tahun tidak menjalinkan hubungan intim dengan suaminya setelah alat sulitnya dibuang dalam satu pembedahan, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Natasha Owens, 45, mengalami menopaus  ketika berusia 13 tahun dan disahkan menghidap penyakit erosive lichen planus iaitu keadaan yang menyebabkan kemaluannya ditumbuhi ulser yang menyakitkan dan tidak boleh diubati.

Selepas beberapa rawatan dicuba gagal, Natasha menjalani pembedahan hysterectomy di Hospital Wanita Liverpool pada Disember 2017 kerana vaginanya dipenuhi darah yang tersumbat.

Namun, pada 2019, doktor berjaya mengeluarkan darah tersumbat itu dan wanita itu menjalani vasektomi penuh, menjadikan dia hanya memiliki vagina sebesar 2 sentimeter.

Natasha berkata, biarpun tidak mampu menjalani hubungan seksual dengan suaminya, Damien, dia berkata perkahwinan yang dibina tetap utuh.

“Dia tahu keadaan saya bukanlah kerana saya tidak mahukan dia, tetapi saya tidak boleh. Saya sudah biasa hidup begini dan saya tidak akan membiarkan perkara itu menentukan siapa saya sebenarnya,” katanya.

Natasha berkata bahawa  semasa di usia  remaja lagi, dia sedar sesuatu yang aneh pada dirinya apabila tubuhnya sering terasa panas dan berpeluh dan ternyata  ia merupakan tanda-tanda menopaus awal.

“Saya tidak bercakap mengenainya,  saya hanya meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

Wanita itu pernah menjalani kehidupan seksual seperti biasa,  namun ia membuatkan dia berasa amat sakit dan kemaluannya berdarah.

“Saya kehilangan sebahagian besar vagina saya. Bahagian bawahnya masih bersambung namun ia terhakis dan melekat bersama.

“Kini, saya perlu menjalani pembedahan setiap 12 bulan bagi memastikan ia tidak melekat,” katanya. -Agensi

15 tahun Tidak Bersetubuh Dengan Suami, Ketahui Puncanya….


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Ibu tunggal rugi RM494,400 ditipu African Scam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker