Azizulhasni optimis akan kembali di Paris 2024

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyuarakan tekad untuk terus menyumbang keringatnya bagi beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelumba berusia 33 tahun yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu, berkata semangatnya masih membara bagi membawa cabaran negara di temasya terbesar dunia berkenaan.

“Perancangan awalnya saya memang mahu teruskan sehingga Olimpik Paris 2024.



“Namun seperti biasa selepas berakhirnya kejohanan utama, saya akan duduk berbincang semula dengan jurulatih John Beasley dan pasukan bagi membuat perancangan semula.

“Semangatnya masih membara, keinginan masih tinggi dan saya juga tidak berdepan dengan sebarang isu fizikal. Namun seperti yang saya katakan, kita akan buat perancangan semula,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.

Di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Azizulhasni dijulang sebagai wira kontinjen negara selepas memenangi pingat perak acara keirin sekali gus memperbaiki pencapaiannya ketika meraih gangsa di Olimpik Rio 2016.

Aksi di Tokyo adalah penampilan keempat Azizulhasni di pentas Olimpik selepas Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.



Dalam pada itu, Azizulhasni memaklumkan yang dia mahu pulang ke Dungun, Terengganu bagi bertemu bapanya, Awang @ Muda Embong, 72, yang dilaporkan menghidap penyakit angin ahmar sebaik tamat tempoh kuarantin wajib selama 14 hari.

“Perkara pertama yang saya mahu lakukan selepas kuarantin adalah melawat bapa saya yang kurang sihat dan ibu saya,” katanya.

Azizulhasni turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada dirinya dan kontinjen negara sepanjang beraksi di Olimpik Tokyo.

Azizulhasni optimis akan kembali di Paris 2024




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Wira Olimpik Negara’ kembali dari Tokyo



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker