Kalau awak kurus, saya hamilkan awak balik – Fizz Fairuz

FIZZ Fairuz bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sempurna kerana pandai menguruskan anak-anak dan rumah tangga.

PETALING JAYA – Pelakon versatil Datuk Fizz Fairuz tidak kisah dan menerima seadanya keadaan fizikal isteri tersayang, Datin Almy Nadia walaupun menerima banyak saranan daripada orang sekeliling yang meminta supaya wanita itu menurunkan berat badan.

Fizz atau nama lengkapnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin ketika ditemui Kosmo! Online berkata, dia tidak kisah dengan perubahan bentuk fizikal isterinya kerana tetap akan menyayangi dan mencintai wanita itu sepenuh hati.

“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.

“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemuk),” luah Fizz kepada Kosmo! Online.

Ujar pelakon berusia 44 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.

“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.

“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” kata Fizz.

Fizz memberitahu, sebelum ini dia pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.

“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?

“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” katanya.

Sementara itu, Fizz yang ditemui ketika tayangan perdana filem Coast Guard di sini, semalam mengakui tidak pernah menerima sebarang mesej nakal daripada wanita yang mahu mendekati dirinya dalam media sosial.

“Mesej daripada wanita lain? Sejujurnya tiada. Kalau ada pun scammer. Tapi kalau mesej yang sarankan saya supaya menyuruh isteri untuk kuruskan badan, memang banyak.

“Siap tawarkan produk lagi. Tapi saya tidak melayan pun,” katanya.

Sekadar info, sebelum ini Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pernah menjadi mangsa kritikan netizen apabila ada yang menyamakan perubahan saiz badannya yang semakin membesar seperti khinzir terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker