Kes harian Covid-19 tak diumum berasingan mulai esok – Khairy

Kes harian Covid-19 tak diumum berasingan mulai esok – Khairy

Jumlah kes harian Covid-19 tidak akan diumumkan secara berasingan setiap petang mulai esok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ia akan dikeluarkan bersama data untuk kategori lain seperti penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi dan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Langkah itu berkuatkuasa mulai esok dan seterusnya, dengan jumlah kes harian Jumaat hanya akan dikeluarkan pada pagi Sabtu.

“Bermula hari esok, tidak lagi diumumkan pada petang hari, ia akan diumumkan pada pukul 10 pagi keesokan harinya.

“Ini supaya kita boleh melihat data kes harian bersama-sama data lain seperti kadar kemasukan ke hospital untuk mengurangkan faktor ketakutan mengenai bilangan kes harian,” katanya dalam sidang media. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Kes harian Covid-19 tak diumum berasingan mulai esok – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker