Hari Malaysia : Ribuan Hadir Program Pahang Berselawat Sempena Sambutan Hari Malaysia

Hari Malaysia : Ribuan Hadir Program Pahang Berselawat Sempena Sambutan Hari Malaysia

KUANTAN: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang malam ini diimarahkan dengan program berselawat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Program itu, yang berlangsung lebih empat jam dan dimulakan dengan solat Maghrib serta Isyak berjemaah, dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman serta barisan kepimpinan negeri.

Wan Rosdy dalam ucapannya berkata program julung kali diadakan itu tidak akan dapat direalisasi sekiranya negara tidak berada dalam keadaan aman dan makmur.

“Kita mencadangkan agar program ini diteruskan pada masa akan datang dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkannya,” kata beliau.

Program itu diakhiri dengan nyanyian lagu Bahtera Merdeka dan penyerahan sumbangan kerajaan negeri kepada pondok serta pusat pengajian tahfiz.– BERNAMA

Hari Malaysia : Ribuan Hadir Program Pahang Berselawat Sempena Sambutan Hari Malaysia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker